Program Sukarelawan ICT Malaysia – Program ICT MIV Bersama DTT (Digital Terrestrial Television)
16 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniProgram Sukarelawan ICT Malaysia – Program ICT MIV Bersama DTT (Digital Terrestrial Television) yang dianjuran oleh Surahanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Pusat internet Kluster Pokok Sena telah diadakan di Pusat Internet Bukit Payung pada 15 Jun 2019. Program ini bertujuan untuk mencari individu yang ingin menjadi sukarelawan ICT bagi menjalankan aktiviti berkaitan ICT yang melibatkan komuniti sekitar Pusat Internet.
Antara kebaikan melalui program ini adalah para sukarelawan dapat menambah kelebihan di dalam resume untuk peluang pekerjaan dan memberi peluang kepada sukarelawan menambah pengalaman bekerja. Program ini juga dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman masalah yang dihadapi komuniti. Di samping itu juga program ini dapat mengeratkan hubungan erat dengan komuniti.
Di dalam program ini juga para sukarelawan ICT berkongsi pengetahuan dan menggalakkan komuniti menggunakan ICT secara positif. Para sukarelawan juga dapat berkongsi pengetahuan kepada komuniti dalam meningkatakan literasi digital dan memaksimumkan faedah ICT kepada diri mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: